SOSIAL
WAKAF SURAU AL-HIJRAH, PRESINT 14, PUTRAJAYA.
RM21,221.00
Sasaran RM5,700,000.00
Tentang Wakaf
Penduduk di
sekitar kawasan Presint 14, Putrajaya menunaikan solat fardhu, Solat Jumaat dan
mengikuti pengajian agama dengan menumpang di Surau Al-Syakirin yang terletak
di dalam kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Presint 14(1), Putrajaya.
Sejak sekolah mula
beroperasi sekitar tahun 2009, pihak sekolah telah bersetuju untuk membenarkan
penduduk di sekitar Presint 14, Putrajaya menggunakan surau sekolah sebagai
tempat untuk solat berjemaah.
Walau bagaimanapun,
masih terdapat banyak kekangan bagi menjalankan aktiviti di surau sekolah
kerana penduduk dan komuniti di sekitar Presint 14, Putrajaya masih terikat
dengan peraturan premis kerajaan, antaranya ialah:
a.
Solat fardhu seperti Zohor dan Asar masih tidak
boleh dijalankan sepenuhnya kerana masih terikat pada waktu persekolahan;
b.
Aktiviti seperti korban, qiamullail, beriktikaf
dan memasak tidak boleh dilaksanakan;
c.
Ruang letak kereta bagi jemaah solat Jumaat
adalah terhad kerana terpaksa berkongsi dengan ruang letak kereta guru dan
kakitangan sekolah;
d.
Pagar akan ditutup semasa solat Jumaat dan pada
aktiviti sekolah hujung minggu atas dasar keselamatan; dan
e.
Peningkatan jemaah khususnya ketika solat
Jumaat mengakibatkan persekitaran sekolah amat sesak.
Antara komponen yang bakal disediakan di SAH
adalah seperti dewan solat utama yang berhawa dingin, tempat wuduk lelaki dan
perempuan, tandas lelaki dan perempuan, bilik serbaguna, pejabat surau, bilik
peralatan audio, bilik perpustakaan, bilik mesyuarat, ruang pengurusan jenazah
dan ruang persediaan jamuan.
dilaksanakan oleh
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP