SOSIAL

PEMBANGUNAN SURAU AL-FIRDAUS, PRESINT 11F, PUTRAJAYA

0.00%

RM0.00

Sasaran RM4,352,941.00

0 Pewakaf
32 hari berbaki sebelum kempen tamat

Tentang Wakaf

Surau Al-Firdaus telah dirancang dan diluluskan untuk pembinaan di Lot PT 14812 Presint 11F Putrajaya bermula pada tahun 2016. Surau ini dijangkakan mampu menampung 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Selain memberi manfaat kepada penduduk di Presint P11F, surau ini yang terletak berhampiran dengan Pusat Kejiranan Presint 11 ini juga akan memberi manfaat kepada pengunjung dalam dan luar Putrajaya.

Cadangan asal pembangunan surau ini ialah bangunan surau satu tingkat. Walau bagaimanapun, pihak Perbadanan Putrajaya menyarankan agar bangunan Surau AL-Firdaus dipinda menjadi bangunan dua tingkat disebabkan oleh faktor kesesuaian pintu masuk utama kerana lokasi di tepi simpang jalan.

Pembinaan sebenar bermula pada tahun 2021 selepas kelulusan perubahan daripada pembangunan surau satu tingkat kepada dua tingkat sebagai memenuhi syarat tambahan daripada Perbadanan Putrajaya.

Kos pembinaan asal Surau Al-Firdaus berjumlah RM3 juta adalah diluluskan daripada sumber dana Fisabilillah MAIWP pada tahun 2016. Perubahan struktur bangunan kepada bangunan dua tingkat telah menyebabkan kenaikan kos pembinaan kepada RM6.7 juta iaitu pertambahan kos sebanyak RM3.7 juta.

Pembinaan surau masih lagi berjalan. Pihak surau amat mengalu-alukan wakaf daripada orang ramai agar surau ini dapat disiapkan sepenuhnya dan dapat diimarahkan oleh orang ramai

Bagi memastikan kelancaran kerja-kerja pembinaan surau yang hampir siap ini, kos tambahan RM3.7 juta tersebut telah ditampung dahulu melalui dana secara pinjaman daripada sumber am MAIWP. Selaras dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Wakaf MAIWP telah meluluskan kutipan wakaf tunai sehingga maksimum RM4.255 juta untuk tujuan bayaran balik pinjaman tersebut termasuk anggaran kos perkhidmatan PPZ-MAIWP.

Pinjaman tersebut perlu dibayar semula kepada pihak MAIWP dalam tempoh 5 tahun bermula Februari 2024.

dilaksanakan oleh

Wakaf Wilayah Persekutuan

Jenis Penderma

Sila pilih jumlah Wakaf

RM

Jika ruang tujuan tidak dipilih, 'Diri Sendiri' akan dimasukkan sebagai pewakaf

Senarai Nama Pewakaf

Tujuan Nama Pewakaf
Tiada pewakaf ditambah lagi

Doa Ringkas & Akad Perwakilan

Doa adalah terkad kepada 200 aksara sahaja

* Saya mewakafkan wang bagi kepentingan agama Islam dan Ummah kerana Allah SWT untuk selama-lamanya secara wang tunai kepada Pusat Pungutan Zakat-MAIWP bagi tujuan:

Diri Sendiri

sebanyak RM 0.00

Saya dengan ini juga membenarkan pihak pemegang amanah melaksanakan istibdal bagi perolehan aset kekal menurut hukum syarak.

Maklumat Pembayaran

Sila isi ruangan alamat e-mel jika mahu menerima resit wakaf

Item Jumlah
Nilai Wakaf RM 0.00
Caj Platform RM 1.50
Jumlah RM 0.00

* Caj platform akan dikenakan sebanyak RM 1.50